Ejawi™ OnCD
Akan Datang ! (Coming Soon !) ! اكن داتڠ
Pengenalan
Ejawi™ OnCD merupakan produk komersil sulong yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Ia diterbitkan bagi memenuhi permintaan ramai khususnya pengunjung Ejawi.net yang inginkan converter dalam bentuk Offline/Standalone. Selepas kami menemui kaedah untuk pengeluaran offline, maka bagi penguna yang telah biasa dengan Ejawi Converter sebelum ini, anda jangan risau dan khuatir bahawa Ejawi™ OnCD tetap menggunakan kaedah yang sama seperti Ejawi™ Online malah ditambah beberapa ciri yang amat berguna buat anda.
Ciri-Ciri Ejawi™ OnCD
- Mampu untuk menukar Rumi ke Jawi dan Jawi ke Rumi.
- Singkatan bagi nama khas. Versi ini mampu untuk mengenalpasti singkatan-singkatan yang digunakan dalam huruf BESAR dalam sesuatu ayat. Anda boleh memilih untuk mengekalkannya dalam singkatan rumi atau menukarkannya kepada ejaan huruf.
- Pilihan bagi menukar nombor sama ada rumi atau jawi.
- Lebih cepat masa penukaran (disebabkan Standalone)
- Mudah dibawa ke mana-mana (dalam bentuk CD-ROM)
- Antaramuka yang mesra pengguna
- Tidak perlu install atau setup. Ia adalah versi Autorun.
- Kod huruf jawi yang digunakan adalah standard Unicode. Oleh itu ia boleh digunakan pada kebanyakkan perisian Word dan lain-lain perisian yang menyokong charset unicode.
|