Ejawi™Online Ejawi™OnCD SMS InJawi

Ejawi™ OnCD
Akan Datang ! (Coming Soon !) ! اكن داتڠ

Pengenalan

Ejawi™ OnCD merupakan produk komersil sulong yang akan diterbitkan tidak lama lagi. Ia diterbitkan bagi memenuhi permintaan ramai khususnya pengunjung Ejawi.net yang inginkan converter dalam bentuk Offline/Standalone. Selepas kami menemui kaedah untuk pengeluaran offline, maka bagi penguna yang telah biasa dengan Ejawi Converter sebelum ini, anda jangan risau dan khuatir bahawa Ejawi™ OnCD tetap menggunakan kaedah yang sama seperti Ejawi™ Online malah ditambah beberapa ciri yang amat berguna buat anda.

Ciri-Ciri Ejawi™ OnCD

  • Mampu untuk menukar Rumi ke Jawi dan Jawi ke Rumi.
  • Singkatan bagi nama khas. Versi ini mampu untuk mengenalpasti singkatan-singkatan yang digunakan dalam huruf BESAR dalam sesuatu ayat. Anda boleh memilih untuk mengekalkannya dalam singkatan rumi atau menukarkannya kepada ejaan huruf.
  • Pilihan bagi menukar nombor sama ada rumi atau jawi.
  • Lebih cepat masa penukaran (disebabkan Standalone)
  • Mudah dibawa ke mana-mana (dalam bentuk CD-ROM)
  • Antaramuka yang mesra pengguna
  • Tidak perlu install atau setup. Ia adalah versi Autorun.
  • Kod huruf jawi yang digunakan adalah standard Unicode. Oleh itu ia boleh digunakan pada kebanyakkan perisian Word dan lain-lain perisian yang menyokong charset unicode.

 

Home | Forum | Portal | Downloads | Web Links | Article
Best viewed with Internet Explorer 6 and 7 (IE). Screen resolution 1280 X 1024
    

Best Malaysian Sites