Pengguna cacat penglihatan
Dapatkan IE Page Reader di sini.
1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.
2. Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech engine. Speech engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.
Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.
Pengguna buta warna
Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Ejawi. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan iaitu Red, Blue, Green dan Orange serta Light Contrast, Medium Contrast, dan Dark Contrast
Warna tema halaman Ejawi akan berubah serta merta setelah pilihan dibuat.
Pengguna warga tua
Bagi pengguna warga tua, Ejawi ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza
Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Ejawi. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.