Selamat datang kepada semua pengunjung Ejawi.net. Ejawi.net telah melancarkan versi terbarunya iaitu 3.0 dengan ciri-ciri yang lebih menarik dan bermanfaat untuk peminat-peminat jawi sekalian. Ejawi diwujudkan bertujuan untuk menyemarakkan penggunaan tulisan jawi dan memperkenalkan kepada dunia warisan budaya Melayu/Nusantara menerusi internet. Oleh yang demikian, jadilah sebahagian daripada komuniti peminat jawi sebagai sokongan anda terhadap penggunaan tulisan jawi.



 Aktiviti Sana Sini

13 April 2010 -- Ejawi telah mengeluarkan versi kemaskini Susun Atur Papan Kekunci versi 3.1 selepas versi 3.0 mempunyai sedikit ralat pada huruf Ra. Oleh itu, kepada mereka yang telah membuat muat turun, diharap dapat membuat pengemaskinian kepada versi 3.1. Harap maklum

(Kemaskini terbaru versi 3.1.1 : Terlupa nak masukkan simbol-simbol lain dalam susun atur versi 3.1)) Klik untuk muat turun kbjawiv3.1.1.zip

4 April 2010 -- Hari ini ejawi.net melancarkan Komuniti Ejawi di Facebook. Tidak sampai sehari pelancarannya, jumlah yang menyertai komuniti ini telah melebihi 200 orang. Terima kasih kepada semua yang masih setia menggunakan Ejawi.net. Untuk ke Komuniti Ejawi di Facebook, anda boleh menggunakan pautan berikut (Komuniti Ejawi di Facebook).

Selain daripada itu, istimewa buat mereka yang mempunyai akaun Facebook, kini mereka boleh menggunakan Aplikasi Ejawi Transliterasi versi Facebook di alamat berikut (Aplikasi Ejawi Transliterasi). Tujuan pelancaran ini adalah untuk menyebarluaskan lagi penggunaan tulisan jawi khususnya di kalangan muda mudi khususnya pengguna setia internet dan memudahkan pengguna mendapatkan maklumat sekiranya laman rasmi Ejawi.net bermasalah.

4 April 2010 -- Pihak Ejawi.net memohon maaf kepada semua pengguna setia ejawi.net kerana tidak dapat mengakses laman ini bermula 23 Mac 2010 sehingga 3 April 2010 adalah disebabkan masalah teknikal iaitu akaun domain ejawi.net yang tamat tempoh. Walau bagaimanapun, pada 3 April 2010 kami telah melunaskan bayaran tahunan tersebut boleh digunakan untuk setahun lagi. Kami berharap pihak pengguna kembali menggunakan perkhidmatan ini seperti biasa. Terima kasih atas sokongan semua. (Gambar atas) diambil dari salah satu blog pengguna ejawi yang membuat ulasan berkenaan alternatif lain sekiranya ejawi.net tidak dapat diakses. Sebagai makluman, laman web AKSARA-The Passage of Malay Scripts menggunapakai enjin terjemahan ejawi versi pertama di mana lesen penggunaannya telah diberikan kepada pihak pengurusan The National Library Board of Singapore.

TERUJA merupakan satu produk bermutu daripada Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. TERUJA ialah ringkasan kepada Transliteration Engine for Rumi to Jawi. Dengan menggunakan engin transliterasi tersebut, ianya akan dapat digunakan pada mana-mana perisian dengan kaedah web services. Perisian tersebut hanya perlu disambungkan ke internet bagi mendapatkan kemudahan tersebut.

Produk ini telah mendapat pingat Emas di Pameran Inovasi dan Teknologi (ITEX'09) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15-17 Mei 2009 yang lalu. Untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh terus ke alamat http://www.jawi.ukm.my/. Anda pasti akan teruja ! Semoga UKM terus terkedepan dalam penciptaan dan penyelidikan mengenai Jawi.

9-10 Julai 2009 (Cyberjaya) -- Forum IDN yang menghimpunkan pakar-pakar bahasa dan teknikal telah diadakan di Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia anjuran .my Domain Registry dengan kerjasama SKMM telah dilaksanakan dengan jayanya.

Forum ini bertujuan untuk mengenalpasti isu-isu yang terdapat dari sudut linguistik dan teknikal dalam usaha melaksanakan Nama Domain yang Diantarabangsakan (IDN). Projek ini akan memulakan pelaksanaannya bagi tulisan jawi, cina dan tamil. Maklumat lanjut anda boleh layari idn.domainregistry.my


Notis Ejawi Converter 2.2

Sekiranya anda masih ingin menggunakan Ejawi Converter 2.2, anda masih boleh menggunakan link berikut :

Ejawi Converter 2.2

Pemasangan Font Jawi
ݢ ۏ ڽ ڤ ڠ چ ک

Sekiranya anda dapat melihat huruf-huruf jawi tersebut, ini bemakna sistem operasi anda menyokong UNICODE dan mempunyai font jawi standard.

Walau bagaimanapun, sekiranya huruf-huruf di atas keluar dalam bentuk berpetak atau anda tidak mengenal huruf yang keluar, ini bermakna anda perlu memasang font yang sesuai.

Klik sini untuk muat turun font yang menyokong huruf-huruf jawi.


Huruf Tidak Bersambung ?
ݢا بݢم ڠا چوما ڤکݢۏ

Sekiranya anda mendapati huruf-huruf di atas tidak bersambung seperti sepatutnya, maka Sistem Operasi anda menggunakan rendering engine versi lama.

Oleh itu, anda perlu menukar file usp10.dll dalam folder Windows/System32 dengan versi terkini.

Klik sini untuk muat turun usp10.dll versi 1.626.6001.18000 untuk membolehkan huruf-huruf jawi bersambung dengan sempurna.

Cara pemasangannya anda boleh membacanya di bawah :

switchingusp10.dll.pdf
Changing your Uniscribe version


Daftar Sebagai Ahli

Daftarlah sebagai ahli komuniti Ejawi untuk membolehkan anda mengirim komen, pos dan juga menghantar entri ke blog. Daftar sekarang !

EJAWI TRANSLITERASI

Sebuah aplikasi utama yang mempunyai keupayaan transliterasi Bahasa Malaysia daripada tulisan rumi ke tulisan jawi dan tulisan jawi ke rumi. Dengan menggunakan kaedah daftar kata yang baru, kini anda boleh menukar tulisan rumi ke jawi / jawi ke rumi dengan lebih tepat. (Beta v3)
Cuba guna
 
TUTORIAL

Tutorial merupakan segmen baru yang dikhususkan kepada mereka yang hendak belajar jawi. Melalui aplikasi ini, anda akan didedahkan kepada kaedah sambungan huruf-huruf jawi, bentuk huruf tunggal dalam bentuk yang menarik. (Prototaip v1)
Cuba guna
     
TERJEMAH‌ LAMAN

Satu lagi aplikasi terkini Ejawi. Kini anda boleh menukar mana-mana laman web dalam bahasa Malaysia (Rumi) ke tulisan jawi sepenuhnya. Anda hanya perlu masukkan alamat url dan aplikasi ini akan menukarnya untuk anda tanpa mengubah rekabentuk laman tersebut. Cuba dan alaminya sendiri. Pertama seumpamanya di dunia dalam tulisan jawi. (Prototaip v1)

Cuba guna
 
PENYEMAK EJAAN JAWI

Penyemak Ejaan Jawi (Jawi Spell Checker) merupakan sebuah aplikasi yang bertindak mengesan perkataan-perkataan yang dianggap salah dan memberikan cadangan pembetulan perkataan berdasarkan teknik. Terdapat pelbagai teknik yang biasa digunakan, tetapi untuk versi prototaip ini, PEJ menggunakan teknik Levenstein (Edit Distance Calculation). (Prototaip v1)

Cuba guna

Apa Kata Blog Mengenai Tulisan Jawi ?

House PK: GEMPAR! BUKTI DAP MEMANG CINA KOMUNIS! 03 September 2010
Apa susah sangatkah hendak berbahasa Malaysia dalam semua urusan dan surat-surat rasmi tanpa secalit pun tulisan asing selain daripada tulisan roman. Lagipun Bahasa Malaysia yang digunakan, bukannya menggunakan tulisan Jawi. ...
A thing to ponder: Lambakan kerja kemanusiaan 03 September 2010
Selepas solat, aku bertemu imam dan dapati memang dia menulis menggunakan tulisan Cham. Ya, kita memanggilnya sebagai tulisan Jawi. Kerana sudah biasa gunakan tulisan itu untuk Bahasa Cham, dia juga gunakannya untuk Bahasa Khmer. ...
IBNU RUSYDI: Rasiskah Kita? -Siri 2- 02 September 2010
Orang-orang Melayu telah membuat pengorbanan besar dengan menggunapakai tulisan rumi disamping tulisan Jawi bagi pengunaan bahasa Melayu yang diharap dapat dijadikan sebagai faktor perpaduan seluruh rakyat negara kita. ...
Ibnu Hasyim: Tulisan Jawi Meluas Di Urumqi China. 29 August 2010
Kalau tulisan Arab tentu boleh baca, ini huruf Arab, tetapi tak dapat dibaca. Macam tulisan Jawi di Malaysia. Bahkan ada juga perkataan yang sama dengan tulisan Jawi kita, seperti ejaan 'khutub khanah' dan lain-lain..” Jawabnya. ...
BERDAKWAH MELALUI KEINDAHAN SENI KHAT: Sejauhmanakah penghayatan ... 29 August 2010
Pada ketika dulu, bahasa Melayu berkait rapat dengan tulisan jawi, sebagai contoh tulisan khat yang tertulis pada Batu Bersurat Terengganu. Namun realiti masa kini telah menyaksikan tulisan jawi semakin pupus dek kerana kurangnya ...
Akhbar@Sekolah tingkatkan penguasaan tulisan jawi – TPM « Arkib ... 12 August 2010
“Selain bertujuan meningkatkan penjualan akhbar Utusan melalui koperasi sekolah, ia diharap mampu menggalakkan pembacaan dan penggunaan tulisan jawi melalui penjualan akhbar Utusan Melayu Mingguan dan Utusan Malaysia yang lebih murah,” ...
Sri Tri Buana: Tulisan Jawi 10 August 2010
Saya minta kerajaan kembali mewajibkan tulisan jawi diajar di sekolah-sekolah. Kemudian wajibkan ia ditulis sejajar dengan tulisan rumi. Jadikan tulisan ini rasmi. Semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa wajib boleh menulis dan ...
SELANGOR WAVE: Teresa Kok benci tulisan Jawi, bahasa Melayu lagi ... 06 August 2010
Muka komunis Teresa Cock yang benci Melayu hatta tulisan Jawi dibenci kononnya tulisan itu racist! Ini baru mereka memerintah Selangor. Lihat surat diatas, tulisan Cina terletak diatas sekali sudah menunjukkan kaum-kaum pendatang ini ...
Yiedpozi [Dot] Info: Awas Dengan Website Ini... 15 May 2010
Rasa saya tulisan jawi lama ditentukan bunyinya dengan baris, tetapi barisnya tidak dizahirkan seperti contoh بوم (bumi) atau بولو روم (bulu roma) dan banyak lagi. Tulisan jawi baru yang diguna pakai sekarang ini barulah mengikut ...
Software Tulisan Jawi | KongsiBlog.Org 12 February 2008
Anda tahu apa itu tulisan Jawi ? Anda pandai membaca tulisan Jawi ? Anda pandai menulis tulisan Jawi ? Beberapa hari yang lepas seorang pengguna komputer di.

Terma dan Syarat | Dasar Kerahsiaan | Hubungi | Bantuan W3C | Login

Best viewed with Internet Explorer 6 and 7 (IE). Screen resolution 1024 X 800
Hakcipta terpelihara © 2006-2009. Ejawi.net. Dibangun & disenggara sepenuhnya oleh
Nik Muhammad bin Nik Abdul Kadir

Aplikasi-aplikasi Ejawi disediakan secara percuma untuk semua pengguna yang mengunjungi laman ini. Sebarang penggunaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ejawi. Ejawi tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan dan klaim disebabkan penggunaan di laman ini. Sebarang pertanyaan berkenaan penajaan/sponser untuk projek ini, anda boleh terus hubungi pihak Ejawi menerusi emel cmd_safhah [at] yahoo [dot] com